Maritim tahan lima nelayan Myanmar atas pelbagai kesalahan

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan lima nelayan warga Myanmar bersama sebuah bot nelayan tempatan kelas C di perairan Perak, di sini, atas pelbagai kesalahan pada Isnin.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, kesemua kru dan tekong itu ditahan pada kedudukan 10.5 batu nautika barat daya Sungai Burung pada sekitar jam 4.38 petang.

Katanya, bot itu dikesan sedang melakukan aktiviti perikanan ketika pasukannya sedang melakukan rondaan rutin Op Sayong / Op Tanjung dan Op tiris di perairan negeri ini.

“Bot yang mencurigakan itu kemudian dirapati untuk pemeriksaan lanjut dan hasil pemeriksaan mendapati, bot itu dikendalikan oleh seorang tekong warga Myanmar bersama empat kru senegara berumur dalam lingkungan 29 hingga 53 tahun.

“Pemeriksaan terhadap dokumen mendapati, tekong gagal mengemukakan sebarang kelulusan penggunaan peralatan komunikasi, kesalahan menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari pantai serta gagal mengemukakan pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

nelayan myanmar perairan perak bot nelayan maritim malaysia Lumut Perak nelayan myanmar perairan perak bot nelayan maritim malaysia Lumut Perak nelayan myanmar perairan perak bot nelayan maritim malaysia Lumut Perak
Kesemua ditahan disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/63. foto MARITM MALAYSIA

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/63.

Tambah Mohd Hambali, kesemua nelayan ditahan, bot dan hasil tangkapan berserta peralatan menangkap ikan dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Maritim Malaysia menegaskan kepada golongan nelayan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi mengelak tindakan undang-undang diambil.

“Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera,” ujarnya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Maritim Malaysia rampas bubu naga berhampiran Pulau Talang

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI