MB Perak, isteri pamer bakat memancing

BATU GAJAH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubin tampil menunjukkan bakat memancing masing-masing pada program Memancing Perak Sejahtera 2030 Bersama Menteri Besar Perak pada Ahad.

Pada acara anjuran kerajaan negeri yang diadakan di The Treasure @ Taman Herba Gopeng, dekat sini, Aezer menduduki podium tiga teratas selepas berjaya menaikkan ikan keli seberat 2.46 kilogram (kg).

MB Perak isteri pamer bakat memancing Saarani Aezer Menteri Besar Perak ikan acara program
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menunjukkan ikan keli hasil tangkapan peserta pada Program Memancing Perak Sejahtera 2030 Bersama Menteri Besar Perak 2024 di Taman Herba Negeri Perak, Batu Gajah. Foto ABDULLAH YUSOF, 08 DISEMBER 2024.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad pula berada pada kedudukan ke-10 melalui kejayaan beliau menaikkan ikan pacu seberat 2.05 kg pada minit ke sembilan selepas acara dimulakan pada jam 8.30 pagi.

Pengarah Jabatan Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berada di kedudukan pertama selepas menaikkan ikan pacu seberat 6.45 kg, sementara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin yang menaikkan ikan keli seberat 2.54 kg pula di tempat ketiga.

BATU GAJAH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubin tampil menunjukkan bakat memancing masing-masing pada program Memancing Perak Sejahtera 2030 Bersama Menteri Besar Perak pada Ahad.Pada acara yang diadakan di The Treasure @ Taman Herba Gopeng, dekat sini, Aezer menaiki podium tiga teratas selepas berjaya menaikkan ikan keli seberat 2.46 kilogram (kg). Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad pula berada pada kedudukan ke-10 melalui kejayaan menaikkan ikan pacu seberat 2.05 kg pada minit ke sembilan selepas acara dimulakan. Pengarah Jabatan Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berada di kedudukan pertama selepas menaikkan ikan pacu seberat 6.45 kg, sementara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin yang menaikkan ikan keli seberat 2.54 kg pula di tempat ketiga. Acara kategori VIP yang disertai 120 peserta dalam kalangan ADUN, ketua jabatan, pegawai daerah serta yang dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berlangsung selama tiga jam di kolam dalam Taman Herba Gopeng. Ia turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching serta Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Khairudin Abu Hanipah. Difahamkan kategori terbuka program sama telah dianjurkan pada 5 Oktober lalu melibatkan 500 peserta terdiri daripada kakitangan kerajaan negeri, Persekutuan, dan masyarakat awam di lokasi sama. Pada penganjuran kali pertama pada tahun lalu di Hulu Kinta, Aezer menjadi peserta terawal yang berjaya menaikkan ikan dalam tempoh tidak sampai lima minit selepas pertandingan bermula. Ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah, Saarani berkata, memancing bukan suatu aktiviti asing buatnya yang membesar di kawasan desa di Lenggong. “Saya dilahirkan di Lenggong (dan tinggal) berhampiran Tasik Raban. Dan ketika waktu saya kecil, salah satu kegemaran saya memancing. Dan ketika ini kadang-kadang isteri saya pula akan ikut saya (menggemari aktiviti memancing),” katanya lagi. - MG Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika sesi bergambar pada Program Memancing Perak Sejahtera 2030 di Taman Herba Negeri Perak, Batu Gajah. Foto ABDULLAH YUSOF, 08 DISEMBER 2024.
Peserta tidak melepaskan peluang memancing ikan pada Program Memancing Perak Sejahtera 2030 Bersama Menteri Besar Perak 2024 di Taman Herba Negeri Perak, Batu Gajah. Foto ABDULLAH YUSOF, 08 DISEMBER 2024.

Acara kategori VIP yang disertai 120 peserta dalam kalangan ADUN, ketua jabatan, pegawai daerah serta yang dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berlangsung selama tiga jam di kolam dalam Taman Herba Gopeng.

Ia turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching serta Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Khairudin Abu Hanipah.

MB Perak isteri pamer bakat memancing Saarani Aezer Menteri Besar Perak ikan acara program
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turut menyertai pertandingan memancing ikan pada Program Memancing Perak Sejahtera 2030 di Taman Herba Negeri Perak, Batu Gajah. Foto ABDULLAH YUSOF, 08 DISEMBER 2024.

Difahamkan kategori terbuka program sama telah dianjurkan pada 5 Oktober lalu melibatkan 500 peserta terdiri daripada kakitangan kerajaan negeri, Persekutuan, dan masyarakat awam di lokasi sama.

Pada penganjuran kali pertama tahun lalu di Hulu Kinta, Ipoh, Aezer menjadi peserta terawal yang berjaya menaikkan ikan dalam tempoh tidak sampai lima minit selepas pertandingan bermula.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turut menyertai pertandingan memancing ikan pada Program Memancing Perak Sejahtera 2030 di Taman Herba Negeri Perak, Batu Gajah. Foto ABDULLAH YUSOF, 08 DISEMBER 2024.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah, Saarani berkata, memancing bukan suatu aktiviti asing buat dirinya yang membesar di kawasan desa di Lenggong.

“Saya dilahirkan di Lenggong (dan tinggal) berhampiran Tasik Raban. Dan ketika waktu saya kecil, salah satu kegemaran saya memancing. Dan ketika ini kadang-kadang isteri saya pula akan ikut saya (menggemari aktiviti memancing),” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Minum teh sambil ‘healing’ di Gaharu Tea Valley

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI