TAIPING – Penganjuran Malaysia Ultra-Trail by UTMB yang kini memasuki edisi ketiga bukan sekadar medan mencabar ketahanan pelari, malah mengangkat Bandar Warisan ke arena antarabangsa menerusi penyertaan lebih 3,000 peserta.
Pengarah Perlumbaan Malaysia Ultra-Trail by UTMB, Ewegene Tan berkata, acara larian trail berprestij itu turut memberi peluang kepada pelari tempatan mendapatkan kelayakan ke ‘UTMB World Series Final’ tanpa perlu ke luar negara bagi menyertai perlumbaan kelayakan.
Menurut belia, Malaysia Ultra-Trail by UTMB merupakan satu-satunya perlumbaan di Malaysia yang menjadi laluan kelayakan ke peringkat akhir UTMB World Series. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





