IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad malam ini menyertai Takbir Raya Peringkat Negeri di Masjid Sultan Idris Shah II atau lebih dikenali Masjid Negeri Perak sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut esok.
Bacaan takbir raya itu dipimpin Imam Besar Masjid Sultan Idris Shah II, Abdul Farid Salleh; diikuti Imam II, Muhamad Hasif Hamzah dan Bilal, Yusof Ahmad disertai ahli jawatankuasa serta jemaah yang hadir ke masjid berkenaan.
Turut sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 MAC 2025.
Turut kelihatan bersama-sama melaungkan takbir raya adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Laungan takbir itu turut disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Saarani Mohamad.
Terdahulu, Saarani yang lengkap berjubah putih tiba di masjid berkenaan disambut ahli jawatankuasa masjid dan jemaah untuk menunaikan solat Isyak sebelum meneruskan untuk melaungkan takbir raya.
Selesai takbir, beliau meluangkan masa beramah mesra dengan para jemaah sebelum meninggalkan masjid tersebut. – MG Perak
Artikel Berkaitan: