MBI peruntuk RM3 juta selenggara kolam tadahan air hadapi MTL

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memperuntukkan RM3 juta untuk menyelenggara kolam tadahan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berakhir Mac 2024.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan secara berperingkat di kawasan pentadbirannya.

Menurutnya, kerja-kerja pembersihan dan pengorekan longkang serta kolam tadahan telah mula dilaksanakan sejak dua tahun lalu.

“Apa yang berlaku di Taman Meru 2C itu, ribut memang sukar begitu juga semalam Kampung Seri Kinta.

“Jika kita lihat dalam tempoh 10 tahun sebelum ini, banjir kilat yang berlaku lebih besar namun disebabkan kerja-kerja naik taraf sistem perparitan secara berperingkat, kawasan yang dahulunya banjir kini tidak lagi berlaku seperti di Sungai Rokam.

“Jadi pada awal tahun depan kita akan laksanakan (penyelenggaraan kolam tadahan) lagi lebih kurang tiga, empat buah rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran aplikasi DMBI di Dewan Azlan Shah, Bangunan MBI, di sini, pada Rabu.

Katanya, sebagai persediaan menghadapi MTL, tawaran kerja sudah pun dikeluarkan kepada kontraktor dilantik untuk melaksanakan penyelenggaraan berkenaan pada Oktober dan November.

“Kita akan bersihkan semua kolam tadahan dan sungai sebab kita nampak cara itu berkesan,” jelasnya.

Isnin lalu, hujan lebat berterusan lebih dua jam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar bandar raya Ipoh dilanda banjir kilat.

Keadaan itu mengakibatkan enam keluarga di Kampung Seri Kinta terpaksa dipindahkan ke PPS bagi tujuan keselamatan.

Ribut bersama angin kencang yang melanda turut menyebabkan 40 rumah penduduk Taman Meru 2C di Meru Raya terjejas dengan sebahagian besar mengalami kerosakan pada bahagian bumbung. – MG Perak

LIHAT SELANJUTNYA:

MGPerak: MBI Peruntuk RM3 Juta Selenggara Kolam Tadahan Air Hadapi MTL

MBI sasar pembayaran bil cukai taksiran secara digital sepenuhnya menjelang 2027

MGPerak: MBI Peruntuk RM3 Juta Selenggara Kolam Tadahan Air Hadapi MTL

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI