MDBG PBT pertama di Perak laksana DDMS 2.0

BATU GAJAH – Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG), menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Perak yang melaksanakan Sistem Pengurusan Dokumen Digital (DDMS) 2.0.

Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara, Dr Fazidah Abu Bakar berkata, sebelum itu Majlis Daerah Pendang di Kedah dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya di Selangor sudah mengguna pakai sistem berkenaan.

Menurutnya, banyak rekod telah didigitalkan dan sebahagian besar sudah mendapat manfaat daripada warga MDBG.

“Saya percaya dengan adanya sistem tersebut serta melalui penggunaan berterusan, semua dokumen dan segala urusan dengan rakyat dari segi dokumentasi dapat membantu meningkatkan usaha penyampaian perkhidmatan di majlis daerah ini.

“Usaha Jabatan Digital Negara bersama Arkib Negara Malaysia serta MDBG mewujudkan sistem ini bertujuan untuk kita perluaskan kepada semua agensi supaya dapat mendigitalkan rekod-rekod ini.

“Ia bermula daripada kita terima dokumen sehingga penyelenggaraan, pemantauan, akses sehingga boleh sampai ke pelupusan selesai satu kitaran lengkap yang selaras dengan peranan dan ekspetasi yang dibawa oleh arkib.

“Ini satu kejayaan untuk semua dan akan datang ada agensi terutamanya pihak kerajaan tempatan telah menyatakan minat untuk bersama menggunakan DDMS. Itu adalah satu kejayaan besar untuk negara dalam aspek pendigitalan,” katanya.

MDBG PBT pertama di Perak laksana DDMS 2.0
Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara, Dr Fazidah Abu Bakar melancarkan Sistem Pengurusan Dokumen Digital (DDMS) 2.0 Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) di Dewan Bandaran Kinta.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara, Dr Fazidah Abu Bakar ketika hadir pada Majlis pelancaran Sistem Pengurusan Dokumen Digital (DDMS) 2.0 Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) di Dewan Bandaran Kinta.
Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah, Mohamad Razif Ramli. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 JULAI 2024.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pelancaran DDMS 2.0 Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) di Dewan Bandaran Kinta, di sini pada Rabu.

Hadir sama, Yang Dipertua MDBG, Mohamad Razif Ramli.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pihaknya sedang giat bergerak mengadakan promosi bagi mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) sistem berkenaan.

“Menerusi promosi yang dijalankan kita nampak manfaat daripada penggunaan DDMS. Kita harap semua pihak berkaitan dapat menggunakan sistem tersebut pada masa akan datang.

“Rakyat juga lebih mudah untuk mendapatkan maklumat cepat dan mereka tidak perlu lagi mencari fail untuk mendapatkan dokumen yang diperlukan,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Garis panduan tadbir urus, etika AI dijangka siap menjelang akhir tahun ini

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI