MESKIPUN mempunyai kemahiran membaiki motosikal ia bukan halangan kepada Mior Samsul Mior Arifin, 35, untuk meneroka dan menceburi bidang baharu.
Bapa kepada empat cahaya mata ini, tidak pernah menyangka dirinya yang pernah bergelar sebagai ‘pomen’ kini menjadi juruterapi menawarkan perkhidmatan refleksologi dan urutan.
Bermula dengan menawarkan khidmat urutan dan bekam dari rumah ke rumah pada 2019, Mior Samsul kini mampu tersenyum apabila memiliki premis rawatan sendiri dikenali sebagai LC Rehab yang terletak di Seri Iskandar, Parit. -MGPerak