IPOH – Proses bedah siasat 13 mangsa nahas bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, dijangka selesai selewat-lewatnya tengah malam ini.
Pengarah Kesihatan Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata, setakat ini enam jenazah telah selesai menjalani proses bedah siasat. -MGPerak