Seramai 50 ahli dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan keluar parti selepas melihat perjuangan parti berkenaan terpesong dengan pelbagai fitnah yang dilontarkan.
Bekas Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Penerangan, Bersatu Simpang Tiga Bidor, Adham Iskandar Ismail berkata, dia bersama dengan 49 lagi ahli yang terdiri daripada golongan belia mengambil keputusan menyertai UMNO.
Adham Iskandar yang menyertai Bersatu pada 2019 berkata, keputusan tersebut dibuat atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #prkayerkuning