PEMBUATAN bahulu menggunakan kaedah tradisional terutamanya sabut kelapa menjadikan kuih berkenaan lebih beraroma dan garing serta lebih enak daripada dibakar menggunakan ketuhar.
Selari dengan arus pembangunan kaedah menyediakan kuih tradisional berkenaan menggunakan cara ‘lama’ semakin berkurangan ekoran penyediannya yang memerlukan kesabaran dan berhadapan dengan panas serta asap.
Namun bahulu yang dibakar menggunakan sabut kelapa ini masih mendapat permintaan yang tinggi terutamanya dari mereka yang berusia memandangkan kenangan membesar menjamah kuih berkenaan semasa menyambut Aildilfitri semasa kecil hingga muda. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #cuticutimalaysia