MGPerak: Bantuan Sekolah Anak Orang Asli Terus Diperkasa

57

TAMAN Negeri Royal Belum di Gerik dalam daerah Hulu Perak adalah salah satu kawasan hutan hujan tropika yang kaya dengan biodiversiti dan menjadi kawasan ekopelancongan alam semula jadi terkenal di Malaysia.

Berkeluasan 117,500 hektar dengan usia lebih 130 juta tahun, menjadikannya lebih hutan tertua di dunia lebih tua daripada hutan Amazon.

Hutan Belum-Temengor ini juga telah diwartakan sebagai Taman Negeri Perak dan diisytihar semula sebagai `The Royal Belum’ oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibuddin Shah pada 31 Julai 2003.royal

Memiliki kepelbagaian flora dan fauna yang luar biasa termasuk spesies haiwan yang jarang ditemui seperti harimau Malaya, gajah dan tapir hutan ini menyimpan pelbagai jenis tumbuhan unik termasuk yang boleh dijadikan ubat-ubatan.

Kunjungan ke Royal Belum hanya lengkap jika menjejakkan kaki ke perkampungan orang Asli yang penduduknya terdiri daripada suku Jahai bagi melihat dan mengenali dengan lebih dekat budaya masyarakat orang asal puak Negrito itu.

Menyedari hakikat itu, Yayasan Emkay berganding bahu dengan pelbagai pihak bagi mendampingi dan memberikan sokongan serta bantuan kepada komuniti kanak-kanak orang Asli di kawasan Belum-Temengor khususnya yang bersekolah.

Bermula pada 2017 yayasan ini tidak pernah culas dalam menyampaikan pelbagai bentuk sumbangan termasuklah pemberian pakaian seragam sekolah baharu.

Pada tahun ini, menerusi sumbangan korporat antaranya EMKAY Group, Steelcase Office Solutions Sdn Bhd dan lain-lain penderma organisasi serta individu sejumlah 400 pasang pakaian seragam sekolah berjaya disumbangkan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini