MGPerak: Beri Perhatian Kemungkinan Muncul Kumpulan Miskin Baharu – Sultan Perak

62

IPOH – Kerajaan perlu memberi perhatian kemungkinan munculnya kumpulan miskin baharu atau yang tidak kekal berada di atas paras kemiskinan disebabkan berhadapan faktor-faktor tertentu.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, antaranya faktor hutang, kesihatan, kos hidup yang meningkat, perpindahan, krisis rumah tangga, kematian ketua isi rumah dan sebagainya.

Titah baginda, usaha membasmi kemiskinan merupakan usaha yang kompleks dan memerlukan pendekatan pelbagai secara berterusan. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini