Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan rapatkan jurang rakyat, kerajaan negeri

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyifatkan program MESRA Hari Bertemu Pelanggan anjuran kerajaan negeri berjaya merapatkan jurang antara rakyat dengan pentadbiran negeri.

Baginda bertitah, ia melalui interaksi bersemuka, penyampaian perkhidmatan secara terus serta penyelesaian isu secara lebih pantas lagi berkesan.

“Dalam era pentadbiran yang menuntut ketelusan, kecekapan serta kepekaan terhadap aspirasi rakyat, sejak tahun 2022, kerajaan Beta telah memperkenalkan inisiatif untuk memperkukuh pendekatan tadbir urus yang responsif melalui Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan bertitah sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat, Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 APRIL 2026.

“Program ini secara keseluruhannya menjadi simbol kepada transformasi pendekatan pentadbiran kerajaan Beta yang lebih terbuka, telus dan responsif, berpaksikan rakyat,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Selasa.

Titah baginda lagi, program MESRA Hari Bertemu Pelanggan membuktikan iltizam jentera pentadbiran negeri yang prihatin, bersedia mendengar, memahami dan mengambil tindakan susulan demi manfaat dan kesejahteraan rakyat.

Gambar Fail: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendengar aduan orang ramai ketika hadir pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri Kelima Tahun 2025 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 JULAI 2025.

4″Program ini berperanan sebagai wahana penting dalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara kerajaan dan rakyat.

“Melalui pendekatan yang lebih terbuka dan inklusif, program ini membolehkan rakyat menyuarakan pandangan, cadangan serta permasalahan secara langsung kepada pihak berwajib,” titah baginda.

Sultan Nazrin turut menambah, ia sekali gus memastikan suara rakyat diberikan perhatian sewajarnya.

Titah baginda lagi, sebanyak lapan program telah laksanakan di sekitar negeri Perak sepanjang 2025. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI