IPOH – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan memberi tumpuan kepada kelengkapan dan penyediaan peralatan kesiapsiagaan bencana susulan peruntukan RM260 juta yang diumumkan kerajaan menerusi Belanjawan 2027.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia adalah keperluan yang akan diberi perhatian bagi meningkatkan keupayaan agensi penyelamat ketika berdepan bencana.
Menurutnya, selain Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga memerlukan peralatan berkaitan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





