IPOH – Kerajaan negeri diharap memberi perhatian bagi memperkasa pembangunan usahawan dan peniaga kecil menerusi penyaluran bantuan kewangan secara langsung dan proses permohonan yang lebih mudah menerusi Belanjawan Perak 2027 yang akan dibentangkan November ini.
Pada masa yang sama, mereka turut mengharapkan penyediaan bantuan peralatan yang bersesuaian bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran, memperbaiki kualiti produk serta membantu mengembangkan perniagaan masing-masing. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #PerakSejahtera2030 #BelanjawanPerak2027





