MGPerak: Dadah Lebih RM18,000 Ditemui Dalam Lokap, Anggota Polis Berpangkat Konstabel Antara Ditahan

60

IPOH – Penemuan sejumlah dadah bernilai RM18,534 di lokap Balai Polis Lumut, Manjung, dekat sini, membawa kepada penahanan seorang anggota polis berpangkat konstabel pada Selasa lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, anggota berusia 30-an itu ditahan bagi membantu siasatan susulan pemeriksaan yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung sekitar jam 8.30 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan tersebut, dua lelaki yang merupakan orang kena tuduh (OKT) berusia 40-an telah ditahan bersama rampasan pelbagai jenis dadah terdiri daripada methamphetamine, heroin dan kanabis. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini