MGPerak: Polis Perak Buka Kertas Siasatan Dakwaan Tular Libat PKNPk

49

IPOH – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung penyebaran dakwaan serius berlaku salah laku yang tular di media sosial membabitkan organisasi dan pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk).

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, siasatan itu dijalankan susulan laporan polis yang dibuat pihak PKNPk berhubung penyebaran dakwaan tersebut.

Menurutnya, setakat ini siasatan masih di peringkat awal dan pihaknya masih menunggu maklum balas daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta sedang mengenal pasti pemilik akaun TikTok yang menyebarkan dakwaan itu. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini