Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr Mohamad Yusri Bakir dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, 26 April ini.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika mengumumkan calon pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN bagi PRK berkenaan, di Dewan Serbaguna Kampung Tersusun Haji Tahir, Temoh di sini, pada Isnin.
Saarani berkata, pemilihan itu dibuat selepas perbincangan dan persetujuan bersama Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #prkayerkuning #ayerkuning