DISAAT golongan muda bekerja di bawah penghawa dingin dengan suasana yang selesa Mohamad Zainul Hilmi Mohamad Wajdi memilih sebaliknya.
Graduan Psikologi, Upper Iowa University Amerika Syarikat itu, lebih selesa menacari rezeki di ladang ternakan ayam belanda miliknya iaitu Santing Agri Farm di Kampung Lalang, Padang Rengas.
Meskipun pekerjaan yang diusahakannya jauh dari apa yang dipelajari, Zainul Hilmi berkata, dia lebih selesa menceburi bidang ternakan ekoran minatnya membela haiwan sejak kecil disamping dapat menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.
Beliau berkata, selepas menamatkan pengajian pada 2018 dia mengambil alih tanah pertanian yang diusahakan orang tuanya untuk mengusahakan ternakan ayam belanda. – MGPerak





