MGPerak: Indonesia Belum Jawab Tawaran Bantuan Padam Kebakaran – Zahid

80

IPOH – Malaysia masih belum menerima maklum balas daripada Indonesia berhubung tawaran bantuan bagi memadamkan kebakaran di Kalimantan dan Sumatera yang mencetuskan jerebu rentas sempadan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tawaran itu dikemukakan ketika beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Naib Presiden, Gibran Rakabuming Raka semasa lawatan rasmi ke Jakarta baru-baru ini.

Katanya, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar turut menghantar surat kepada rakan sejawat masing-masing di Indonesia, namun masih belum menerima sebarang respon. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini