IPOH – Istilah ‘UMDAP’ yang merujuk kepada gelaran kerjasama politik UMNO dan DAP tidak pernah wujud dalam Kerajaan Perpaduan yang menerajui kepimpinan negara ketika ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya istilah berkenaan hanya propaganda yang dibentuk musuh-musuh politik. -MGPerak