MGPerak: Jeti Jadi ‘Topeng’ Seleweng Diesel Nelayan, Rampasan Lebih RM2 Juta

61

BAGAN DATUK – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi nelayan yang dipercayai berselindung di sebalik jeti perikanan persendirian di Sungai Sumun, di sini, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan lebih RM2 juta.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan menerusi Ops Tiris 3.0 Bersepadu dan Ops Taring Landai itu dijalankan hasil risikan bersama KPDN dan Pasukan Polis Marin Kampung Acheh, Wilayah Satu, kira-kira jam 12.30 pagi Rabu.

Menurutnya, ketika serbuan, pihaknya mendapati sebuah lori tangki berkapasiti 30 tan sedang memindahkan diesel daripada tiga bot nelayan di jeti berkenaan. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini