SUNGAI SIPUT – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang meninggal dunia selepas terjatuh daripada ketinggian lima meter di Jambatan Victoria, Enggor dekat Kuala Kangsar pada Isnin lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001, selain diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak





