MGPerak: Keluar Zon Selesa, Anak Muda Kembangkan Jenama Kopi Sendiri Kepada Dua Cawangan

10

KEBERANIAN keluar daripada zon selesa menjadi titik permulaan kepada seorang anak muda dalam membina perniagaan kopi sendiri sehingga berjaya mengembangkannya kepada dua cawangan dalam tempoh kurang setahun di sekitar Bandar Raya Ipoh.

Bermula dengan wang dikumpul sendiri, perniagaan di bawah jenama Serene Coffee yang diusahakan sendiri oleh Suhairi Ahmad Zaini, 26, bersama rakan niaga, Mohamed Amir Daniel Mohamed Rasyeed, 27, semakin mendapat tempat pelanggan tempatan.

Suhairi berkata, sebelum ini beliau bekerja sebagai barista selama lima tahun di sebuah kedai rangkaian jenama kopi terkenal sebelum mengumpul pengalaman untuk mencuba nasib dalam bidang perniagaan.

Menurut beliau, minat mendalam terhadap kopi telah mendorongnya untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sebelum melihat peluang mengembangkan jenama berkenaan apabila sambutan pelanggan semakin menggalakkan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini