Keputusan sama ada penjualan rokok elektronik (e-cigarette) diharamkan atau tidak di negeri Perak akan diketahui esok.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, keputusan itu dibuat selepas kertas Cadangan Polisi Larangan Lesen Penjualan Rokok Elektronik telah dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pada minggu lalu.
Menurutnya, meskipun akta berkaitan masih berkuat kuasa dan sedang diteliti oleh pejabat Peguam Negara, langkah segera diambil dengan tidak mengeluarkan lesen baharu untuk penjualan rokok elektronik. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #keputusanpengharamanVape #ecigarette