IPOH – Video pendek bertajuk Orang Bukan Dewasa (OBD) Merokok yang dihasilkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Manjung berjaya meraih johan dalam Pertandingan Video sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia peringkat negeri Perak.
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran PKD Manjung, Ahmad Dzulfadzli Mohamad Tarmizi berkata, video berdurasi dua minit itu mengetengahkan mesej kesedaran tentang bahaya merokok, khususnya di kawasan larangan. -MGPerak