MGPerak: Lebih 1,500 Kasut Tiruan Jenama Terkenal Untuk Jualan Raya Dirampas

268

Kegiatan sebuah premis di bandar raya ini yang menjual kasut tiruan jenama terkenal secara dalam talian sejak tiga bulan lalu akhirnya terbongkar selepas diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, hari ini.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan dilakukan di sebuah premis di Jalan Sultan Idris Shah di sini, sekitar jam 12.20 tengah hari selepas pihaknya menerima aduan daripada pemilik cap dagang.

Menurutnya, susulan aduan tersebut sepasukan anggota penguat kuasa telah membuat risikan selama seminggu dan melakukan serbuan ke atas premis tersebut menerusi Ops Pantau 2025. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #kpdn

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini