IPOH – Dua mahasiswa TVET menerima pengiktirafan tertinggi pada Persidangan Nasional Pelajar Ijazah Sarjana Muda TVET (NCTS) ke-6 di Politeknik Ungku Omar.
Muhammad Thalha Hamdan dari Politeknik Ungku Omar (PUO) dinobatkan Ikon Teknologi Kejuruteraan Terbaik menerusi inovasi sistem AI mengesan kerosakan konkrit, manakala Nur Ain Mohd Akhir dari Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) menerima Ikon Sains Sosial menerusi kajian kepuasan pelancong di Taman Negara Tanjung Piai. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak





