Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubin tampil menunjukkan bakat memancing masing-masing pada program Memancing Perak Sejahtera 2030 Bersama Menteri Besar Perak pada Ahad.
Pada acara yang diadakan di The Treasure @ Taman Herba Gopeng, dekat sini, Aezer menaiki podium tiga teratas selepas berjaya menaikkan ikan keli seberat 2.46 kilogram (kg).
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad pula berada pada kedudukan ke-10 melalui kejayaan menaikkan ikan pacu seberat 2.05 kg pada minit ke sembilan selepas acara dimulakan.
Ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah, Saarani berkata, memancing bukan suatu aktiviti asing buatnya yang membesar di kawasan desa di Lenggong. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak