IPOH – Perak bakal kehilangan hasil pendapatan sekiranya Kerajaan Persekutuan meneruskan moratorium eksport sumber mineral galian unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri telah menyuarakan pendirian agar eksport NR-REE dibenarkan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak