MGPerak: Naratif PN Tidak Berkesan, Toleransi Melayu Di Ayer Kuning Tinggi – Saravanan

75

Naratif berlandaskan isu yang remeh dimainkan Perikatan Nasional (PN) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning tidak berkesan kepada pengundi terutamanya Melayu yang menunjukkan sikap toleransi.

Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan berkata, usaha parti lawan membawa isu kandang babi dan insiden paip pecah di Taman Bunga Raya dalam kempen PRK sekadar cubaan mengalihkan mengalihkan perhatian daripada isu besar iaitu soal pembangunan rakyat.

Beliau berkata, PN seharusnya membawa soal pembangunan di Tapah serta kewibawaan calon masing-masing dalam berkempen bagi merebut kerusi yang dipertandingkan. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #prkayerkuning

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini