Negara memerlukan sekurang-kurangnya 40,000 hektar tanaman nanas bagi memenuhi permintaan pasaran eksport sebanyak 4,000 kontena atau 88,000 tan terutamanya ke negara-negara di Eropah.
Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Mohd Khairuzamri M. Salleh berkata, buat masa ini terdapat lebih 18,000 hektar tanaman nanas di seluruh negara melibatkan jumlah pengeluaran sebanyak 500,000 tan metrik setahun.
Beliau berkata, LPNM bukan sahaja menerima permintaan tinggi nanas terutamanya varieti MD2 bagi pasaran eksport malah juga untuk kegunaan domestik. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak