TAPAH – Walaupun masa berbaki 10 minit sebelum pusat mengundi ditutup, Noor Shaziah Mohamad tetap tidak gagal untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, pada Sabtu.
Noor Shaziah berkata, meskipun kesuntukan masa kerana berkerja namun dia tetap berusaha untuk dirinya sampai ke pusat mengundi di SMK Dato Panglima Perang Kiri Tapah Road.
Dia yang membuang undi di saluran empat juga berkongsi keterujaan apabila memberitahu, PRK ini merupakan pengalaman kali pertama mengundi secara hadir ke pusat mengundi. -MGPerak