Perkataan pekasam dalam peribahasa itu merujuk kepada makanan tradisi melayu yang mana disajikan dengan menggunakan kaedah peram agar ia mampu bertahan lama.
Di Gerik, ikan loma atau nama saintifiknya ‘Thynnichthys thynnoides’ sering diproses dijadikan sebagai pekasam.
Ketua Kampung Bandariang, Ibrahim Che Wan, 60, berkata ikan yang banyak ditemui di sekitar Gerik itu selalu menjadi pilihan untuk jadikan pekasam dek kerana terlalu banyak tulang halus pada isinya.
Beliau yang mengusahakan produk pekasam bersama isteri, Robaayah Ismail, 53, sejak lebih 10 tahun itu berkata ikan loma mudah didapati di Sungai Rui, yang bersambung dengan Sungai Perak terutama pada musim tengkujuh.
BACA ARTIKEL:
Pekasam ikan loma permata Gerik
[…] MGPerak: Pekasam Ikan Loma Permata Gerik Kini ‘Merantau’ Ke Seluruh Negara […]