MGPerak: Penganggur Berdepan Hukuman Gantung, Edar Dadah 9.2 Kg

225

Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 9.2 kilogram (kg) pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadap A Nathan, 47, di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki tersebut didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 9,200 gram di kawasan sekitar sebuah pasar raya di Taman Pengkalan Jaya di sini lebih kurang jam 1.15 petang, 13 Mei 2024.

Lelaki terbabit didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini