IPOH – Kerajaan negeri yakin kempen pelancongan Tahun Melawat Perak 2024 tidak akan terjejas susulan peningkatan kes COVID-19 dalam negara ketika ini.
Exco Pelancongan, Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, beliau yakin Kementerian Kesihatan (KKM) telah melakukan pelbagai usaha dalam membendung wabak berkenaan daripada terus menular.
Katanya, setakat ini juga tiada keresahan melampau dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara susulan daripada perkembangan itu.
#malaysiagazetteperak #mgperak