MGPerak: Perak Minta SKMM Tambah Baik Capaian Internet DUN Ayer Kuning

113

Kerajaan Negeri Perak sedang dalam usaha untuk menambah baik capaian internet di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning bagi memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijadualkan berlangsung pada April depan.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi berkata, ia selepas aduan dan pemakluman termasuk daripada Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berhubung masalah berkenaan khususnya di kawasan kampung.

Katanya, justeru itu pihaknya telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meneliti perkara itu termasuk melalui kajian di lapangan di kawasan tersebut. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini