MGPerak: Perak Sasar Lebih 1,000 Pemilikan Pensijilan Halal Menjelang 2030

223

Kerajaan Negeri Perak menyasarkan lebih 1,000 syarikat dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang beroperasi di negeri ini memperoleh pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjelang 2030.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, berdasarkan statistik yang diperoleh seramai 882 pemegang sijil halal di Perak sehingga Mac 2023 merupakan peniaga yang terdiri daripada syarikat serta PMKS.

Menurut beliau, perkembangan itu dilihat amat signifikan dan selari dengan sasaran Kerajaan Negeri Perak untuk meningkatkan jumlah usahawan yang mengeluarkan produk berstatus halal menjelang 2030.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini