Kerajaan Negeri Perak tidak akan memberikan kelulusan terhadap mana-mana permohonan pembinaan kuil baru yang dibina di atas tanah kerajaan sekurang-kurangnya bagi tempoh lima tahun akan datang.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, perkara itu diputuskan menerusi Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak Bilangan 3/2025.
Jelasnya, pekeliling baru itu memberi panduan kepada pentadbir tanah berhubung dasar bagi Kaedah Pengurusan, Pelupusan dan Penguatkuasaan bagi kawasan Rumah Ibadat Hindu (Kuil) dan Tapak Perkuburan Hindu di Negeri Perak. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak