IPOH – Kerajaan Negeri Perak menubuhkan Jawatankuasa Pertumbuhan Ekonomi Jajaran Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE), dalam usaha memaksimumkan limpahan ekonomi kepada rakyat negeri ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan beliau itu antara lain meneliti cadangan pembangunan strategik di lima daerah yang menerima kesan langsung projek berkenaan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak