TAPAH – Penyokong bagi calon-calon parti politik yang bertanding diminta untuk sentiasa berhemah dalam sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, dekat sini.
Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir berkata, sebagai sebuah masyarakat yang matang tindakan berkempen secara memburuk-burukkan pihak lain disifatkan sebagai perkara yang tidak sihat.
Katanya, malah beliau sendiri secara peribadi tidak mempunyai masalah dengan calon lawan walaupun bertembung di lokasi sama semasa berkempen. -MGPerak