Penyokong dan jentera parti Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH) mula hadir memenuhi kawasan Arena TN50 Tapah sempena proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, pada Sabtu.
Proses penamaan calon bermula jam 9 pagi dengan mereka yang berhasrat untuk bertanding mempunyai masa sejam untuk mengemukakan borang pencalonan diikuti pengumuman nama individu bertanding pada PRK berkenaan. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #prkayerkuning