TAPAH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin sekurang-kurangnya 70 peratus individu akan keluar menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, pada Sabtu.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, walaupun peratusan keluar mengundi masih rendah iaitu 26.36 peratus setakat jam 11 pagi tadi, beliau optimis angka itu mampu dicapai sebaik kesemua 19 pusat mengundi ditutup. -MGPerak