TELUK INTAN – Seorang doktor yang juga pegawai perubatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas kesalahan mengaibkan seorang wanita dengan merakam video punggung dan badan mangsa, pada Julai lalu.
Tertuduh, Amirul Haqim Ayub, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Naidatul Athirah Azman. – MGPerak