IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad tidak dapat menahan perasaan sedih sehingga mengalirkan air mata selepas menziarahi waris pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, pada Isnin.
Beliau yang ditemui di luar perkarangan jabatan forensik turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut -MGPerak