GERIK – Seorang mangsa terselamat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik–Jeli, dekat sini, mendakwa bas yang dinaikinya dipandu dalam keadaan laju sebelum kejadian berlaku.
Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Aleeya Maisarah Azizzani, 21, mendakwa, dia turut terhidu bau hangit ketika bas sampai di Tanah Merah, Kelantan.
Menurutnya, dia terjaga daripada tidur selepas menyedari bas melanggar lubang atau lopak air sebaik tiba di kawasan Jeli. -MGPerak