Sekolah harus terus menjadi tempat untuk menyemai nilai pendidikan dengan semangat kebangsaan dan perpaduan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sekolah juga harus menjadi institusi yang memelihara budaya dan warisan kebangsaan demi membina generasi masa depan yang seimbang selain menerapkan rasa cinta pada negara.
Katanya, walaupun arena pendidikan negara sentiasa berdepan pelbagai cabaran bersilih ganti, namun semangat untuk terus memperkasa pendidikan tetap utuh. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak