TAIPING – Sebanyak enam buah kedai musnah dalam kebakaran di Lorong 2, Pekan Kamunting Lama, Kamunting, di sini, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malasia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan keceasan berhubung kejadian itu pada jam 5.52 pagi.
Menurutnya, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting dan BBP Taiping digerakkan ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman kebakaran.
“Setibanya di lokasi didapati kebakaran melibatkan enam buah kedai kelas C dengan ukuran 20 kaki x 70 kaki.
“Lima daripada kedai tersebut musnah terbakar sebanyak 80 peratus, manakala sebuah lagi hanya terbakar sebanyak lima peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, operasi berkenaan turut melibatkan dua jentera bomba dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Perubatan Perawatan Kecemasan (EMRS).
“Operasi tamat sepenuhnya jam 9.50 pagi, “.- MG Perak
Artikel Berkaitan:
Empat rumah kedai, dua kenderaan musnah dalam kebakaran di Taiping


