Orang ramai meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat menuntut bantuan RM100 menerusi Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disebabkan masalah yang berlaku pada sistem terminal MyKasih.
Tinjauan Malaysia Gazette (MG) Perak di Pasar Raya Besar Mydin Meru Raya, di sini mendapati orang ramai terpaksa meninggalkan troli yang penuh dengan pelbagai barangan selepas mendapati sistem tersebut mengalami masalah.
Perkara itu dipercayai berlaku akibat jumlah transaksi yang terlalu tinggi sejak jam 9 pagi menyebabkan sistem berkenaan tidak stabil. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #MyKasih #SARARM100