26 April merupakan hari penentuan bagi pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning memilih seorang daripada tiga calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) menjadi wakil rakyat mereka.
Meskipun ketiga-tiga calon iaitu Dr Mohamad Yusri Bakir (BN), Abd Muhaimin Malek (PN) dan Bawani KS (PSM) dilihat mempunyai kekuatan dari segi latar belakang pendidikan namun sokongan jentera dilihat menyebelahi dua parti utama iaitu BN dan PN.
Ikuti temubual khas Malaysia Gazette Perak (MG) Perak bersama Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkongsi pandangan beliau sepanjang kempen PRK Ayer Kuning berlangsung.
#malaysiagazetteperak #mgperak #prkayerkuning